 |
Sejarah Penubuhan
Madrasah al Ibtidiah merupakan institusi sekolah agama rendah yang ditubuh
pada 1948. Ia diasaskan oleh Allahyarham Hj. Mansor bin Hj. Mat
Taib iaitu salah seorang penduduk asal Kampung Sg. Lampam. Sebelum itu,
Allahyarham bercita-cita membuka madrasah sebagai pusat pendidikan Islam peringkat
asas
untuk membentuk generasi islam pada masa akan datang. Usaha beliau ini diteruskan
oleh anaknya, Tn. Hj. Sulamuddin selepas kembalinya ke rahmatullah. Pada tahun
1967 dalam Rancangan Malaysia Pertama, kerajaan persekutuan telah memperuntukan
dana untuk membina bangunan baru yang dapat dilihat sekarang ini. Kos pada masa
tersebut ialah RM20,000 dapat menampung lebih 100 murid pada satu masa.
Madrasah ini juga menjadi asas kepada penubuhan Maahad al Islah pada tahun 1988.
Pada peringkat awal, madrasah meminjamkan bangunannya kepada Maahad al Islah
sebagai perintis kepada pembangunan yang ada sekarang ini.
 |
 |
Madrasah
Al Ibtidaiah Al Islamiah

Assalamualaikum,
Satu lagi saluran terbaru untuk memperkenalkan Madrasah al Ibtidaiah ke pentas maya selain
dikenali di kariah Kg. Sg. Lampam Teluk Intan.
Alhamdulillah kami tidak ketinggalan memanfaatkan teknologi IT sebagai wadah untuk meningkatkan kualiti Madrasah ini lebih
dinamik dan proaktif, bukan saja bertujuan akhirat semata-mata malah juga
keperluan duniawi.
Madrasah al Ibtidaiah merupakan institusi pendidikan awal untuk
anak-anak kariah Sg. Lampam seawal 5 tahun sehinggalah mencapai umur 12 tahun.
Kami menitikberatkan perkara-perkara asas fardhu ain dan kemahiran dalam
menerapkan nilai-nilai murni. Selain itu, penekanan dalam bahasa Arab dan Al
Quran amat diambil berat dan sering diberi perhatian sewajarnya.
Alhamdulillah, sehingga ke hari ini ramai penduduk
Kg. Sg. Lampam tidak ketinggalan menghantar anak-anak mereka ke sini
dan secara tidak langsung memberi sokongan dan kekuatan kepada
kami meneruskan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w untuk memakmurkan
muka bumi Allah ini.
Terima Kasih.
Guru Besar
|